Soalan Lazim: Kempen Pulangan Tunai Google Play Store 2025
Modified on Tue, 27 May at 10:00 AM
1. Apakah kempen Pulangan Tunai Google Play Store ini?
Dari 27 Mei 2025 hingga 27 Jun 2025, ganjaran pulangan tunai RM3 akan diberikan kepada pelanggan Celcom, Digi dan CelcomDigi yang membelanjakan RM10 ke atas untuk pembelian pertama mereka di Google Play Store.
2. Siapakah yang layak untuk Kempen Pulangan Tunai Google Play Store?
Kempen ini tersedia untuk pelanggan yang layak dan terpilih* bagi mana-mana langganan CelcomDigi dari 27 Mei 2025 hingga 27 Jun 2025.
*Pelanggan terpilih adalah pelanggan yang tidak pernah membeli atau melanggan sebarang perkhidmatan di Google Play Store menggunakan Pengebilan CelcomDigi, dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan tertakluk kepada budi bicara mutlak CelcomDigi Bhd.
3. Bagaimanakah cara saya menerima pulangan tunai RM3?
Jika anda layak, anda akan menerima pemberitahuan WhatsApp atau notifikasi di aplikasi MyDigi atau Celcom Life yang memberitahu anda tentang kempen ini. Hanya perlu mulakan pembelian atau langgan mana-mana perkhidmatan di Google Play Store dengan nilai RM10 atau lebih dalam satu transaksi dan RM3 akan dikreditkan ke akaun anda.
*Bagi pelanggan prabayar, RM3 akan ditambahkan ke dalam baki anda. Bagi pelanggan pascabayar, RM3 akan ditolak daripada kitaran bil akan datang anda.
4. Bagaimanakah cara untuk saya membuat pembelian di Google Play Store menggunakan CelcomDigi sebagai kaedah pembayaran?
Jangan risau, prosesnya adalah percuma.
Pergi ke Google Play Store dan klik profil anda di sudut kanan atas. Pilih "Bayaran dan langganan" dan "Kaedah pembayaran".
Di halaman "Kaedah pembayaran", pilih "Tambahkan pengebilan Celcom" atau "Tambahkan pengebilan Digi" dan "Aktifkan". Anda kini mempunyai Celcom/Digi sebagai kaedah pembayaran pada aplikasi kegemaran anda.
5. Di manakah saya boleh membelanjakan pulangan tunai RM3 jika saya adalah pelanggan prabayar?
RM3 akan ditambahkan ke dalam baki utama anda. Ini boleh digunakan untuk sebarang tujuan seperti menghantar SMS, membuat panggilan, pembelian kredit permainan, dsb.
6. Apabila menerima pulangan tunai saya, adakah RM3 saya akan luput selepas tempoh kempen tamat pada 27 Jun 2025?
Tidak, tempoh sah RM3 tidak akan mengikut tempoh kempen. Bagi pelanggan pascabayar, RM3 akan dimasukkan secara automatik ke dalam bil anda. Bagi pelanggan prabayar, tempoh sah RM3 akan mengikut tarikh tamat tempoh pelan prabayar anda.
7. Adakah terdapat langkah tambahan untuk saya menerima pulangan tunai?
Tidak, hanya perlu berbelanja RM10 atau lebih pada mana-mana aplikasi di Google Play Store menggunakan CelcomDigi sebagai kaedah pembayaran dan terima pulangan tunai RM3 secara automatik ke akaun Celcom atau Digi anda tanpa mengira langganan, tempoh perkhidmatan, dsb.
Harap maklum bahawa anda hanya layak menerima pulangan tunai sekali sahaja, berdasarkan transaksi pertama yang dibuat antara 27 Mei 2025 hingga 27 Jun 2025. Tawaran ini terhad kepada 15,000 pelanggan pertama bagi Celcom dan 15,000 pelanggan pertama bagi Digi.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article